Posted in
hari ini (17 februari 2011) harga emas ditutup pada paras 1373/onz, sedikit lagi untuk mencecah 1380/onz .2 hari yang lepas harga emas telah naik hampir kepada 1378 sebelum turun sedikit hari ini. diingatkan, paras tertinggi kenaikan harga emas adalah 1420, patern turun naik akan berterusan sehingga dalam tempoh beberapa hari atau minggu sebelum rekod tertinggi emas akan dipecahkan tidak lama lagi.
rasanya tidak ada apa yang akan mengubah patern kenaikan harga emas ini, ditambah permintaan yang tinggi dan pengeluaran emas semakin merosot setiap tahun serta protes politik yang tidak stabil di rantau asia barat akan mempercepatkan lagi kenaikan harga emas.
fgjam belum lagi menaikkan harga emas retail, mungkin dalam tempoh beberapa hari lagi, harga emas retail kekal sama, 999 rm160, 916, rm151 yang lain boleh dilihat dilaman web mereka.
harga emas mentah malaysia hari ini rm134/g sama seperti harga pada 17 jan 2011 (sila rujuk graf 30days) emas malaysia. ini menunjukkan kejatuhan harga emas pada hari raya cina lalu hanya memberi kesan kejatuhan selama 1 bulan sahaja sepanjang januari dan awal februari 2011, pergerakan harga emas kini semakin laju, kenaikan yang agak tinggi setiap hari.
index emas kini sangat memberansangkan berbanding pasaran saham semasa